Berenang merupakan satu kemahiran hidup yang tidak ternilai harganya. Kajian yang dijalankan di kelas renang Brooklyn College New York menunjukkan pelajar yang berenang setiap 30 hingga 60 minit sehari memperlihatkan tahap tension, stress dan marah yang rendah dan pertambahan tenaga dari sebelumnya. Senaman renang dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal, memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja, memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan, mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan, memberi kerehatan dan tidur yang lena, melicinkan peredaran darah dan pernafasan, dan memperbaiki penampilan diri anda.
Ia merupakan satu aktiviti sukan yang paling sihat dan tidak mendatangkan sebarang kecederaan. Ianya sangat disarankan oleh kebanyakkan doktor bagi orang yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma.
Berenang juga adalah sejenis senaman dan sukan aerobik yang sangat digemari oleh orang barat disebabkan faedah dan kelebihannya yang terbukti sangat tinggi berbanding sukan lain hasil daripada kajian-kajian saintifik.
Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada berenang ialah:
- Senaman yang berisiko rendah kerana tiada daya tekanan yang kuat kepada sendi, tulang dan otot-otot badan,
- Dapat menguatkan otot jantung (sistem kardoivaskular) dan meningkatkan penghantaran oksigen ke semua bahagian otot,
- Sering dipergunakan sebagai senaman untuk pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami kehilangan upaya,
- Kebaikan fizikal dengan meningkatkan daya kekuatan, ketahanan dan kelenturan badan,
- Digunakan sebagai terapi pemulihan selepas kecederaan,
- Mengurangkan tekanan darah tinggi dan boleh menenangkan fikiran,
- Memulih dan meningkatkan tenaga,
- Memulikan dan menguatkan otot-otot selepas pembedahan, juga sesuai selepas pembedahan kanser payudara,
- Menigkatkan sistem pernafasan dengan baik,
- Tidak memberi tekanan pada tisu seperti berlari, aerobik dan sukan angkat berat
- Dapat mengurangkan dan mengekalkan berat badan yang sangat ideal,
- Ibu hamil juga digalakkan melakukan senaman renang untuk menguatkan otot dibahagian bahu dan perut.
PERBEZAAN SENAMAN RENANG DENGAN SENAMAN LAIN
Seperti yang diterangkan sebelum ini, senaman renang adalah senama yang sangat cemerlang dan tidak mendatangkan kecederaan fizikal yang besar. Jika dibandingkan dengan acara sukan lain seperti lumba lari, bola, futsal dan badminton, kesemua sukan ini adalah sukan yang mengenakan daya tekanan sendi, tulang dan otot yang kuat. Tahap kecederaan juga tinggi. Setiap pergerakan dan sentuhan (body contact) pasti akan mendatangkan kecederaan fizikal.
Walaubagaimanapun, kesemua jenis senaman adalah bergantung kepada diri kita untuk lakukan dengan cara yang betul dan mendatangkan kebaikan.
SENAMAN RENANG UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN
- PERBANDINGAN PEMBAKARAN KALORI DALAM AKTIVITI BERSUKAN
Activity & Calories Burnt | 120 lbs | 140 lbs | 160 lbs | 180 lbs |
Aerobics (per minute) | 7.4 | 8.6 | 9.8 | 11.1 |
Basketball (30 minutes) | 225 | 264 | 300 | 339 |
Cycling (10 mph 30 minutes) | 165 | 192 | 219 | 246 |
Golf (pull clubs 30 minutes) | 138 | 162 | 186 | 210 |
Hiking (30 minutes) | 135 | 156 | 180 | 201 |
Jogging (30 minutes) | 279 | 324 | 372 | 417 |
Skating (ice and roller 30 minutes) | 177 | 207 | 237 | 264 |
Skiing (snow and water 30 minutes) | 171 | 198 | 228 | 255 |
Swimming (moderate pace 30 minutes) | 239 | 270 | 309 | 348 |
Tennis (30 minutes) | 180 | 207 | 237 | 267 |
Disebabkan kelebihan-kelebihannya, berenang adalah antara sunnah yang dituntut selain dari memanah dan juga berkuda.
Kini dengan baju renang muslimah, anda boleh mendapat manfaat renang tanpa perasaan malu dan juga mengabaikan faktor-faktor kesopanan.
AWAS!!....ADAKAH ANDA SALAH SEORG DARINYA??
ReplyDelete================================================
✓ TIDAK MEMPUNYAI BANYAK DUIT UTK IKUTI KURSUS BERENANG (kos blh cpai shinga RM150 HNYA U 4 SESI ( 1 SESI HYA 45min – 60min )
✓ TAK ADA MASA U PERGI BELAJAR BERENANG
✓ MALU NK TRAIN DGN COACH Y BERBEZA JANTINA
ATAU
✓ TELAH MENGHABISKAN BERATUS2 RINGGIT U BELAJAR BERENANG..TETAPI HASIL?..0
✓ TELAH MELALUI BERPULUH2 HASIL TRANING...TP STILL XBLH BERENANG
ANDA JGN RISAU krana bkn anda shj y mengalaminy...SY JUGA MENGALAMINY...oleh itu...
SAYA NAK BANTU ANDA u pandai berenang dgn KOS Y MMG X MSUK AKAL!
DGN HYA RMxx ...INSYALLAH ANDA BLH BERENANG
100% tanpa RISIKO...KAMI AKN KEMBALIKN WANG ANDA JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DGN PRODUK INI!
KLIK DI SNI JIKA ANDA INGIN BELAJAR BERENANG DGN SERIUS!
>>>http://tinyurl.com/belajar-renang
anda pasti akan berterima kasih kepada sy dan tersenyum lebar kerana kini anda sudah blh berenang tp perlu menanggung kos y mahal..